Biro Kebajikan UMNO salur bantuan kepada malim gunung

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Biro Kebajikan UMNO salur bantuan kepada malim gunung
6/10/2015 9:42:31 AM

Biro Kebajikan UMNO salur bantuan kepada malim gunung

PENGERUSI Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abd Azeez Rahim (kiri). – Foto Malai Rosmah Tuah

RANAU: Bantuan RM800 disalurkan Biro Kebajikan UMNO kepada malim gunung sepenuh masa selama tiga bulan, manakala RM400 kepada malim separuh masa yang terjejas mata pencarian akibat gempa bumi di sini.

  Pengerusinya, Datuk Seri Abd Azeez Rahim, berkata bantuan yang akan mula disalur awal bulan depan itu adalah inisiatif bagi mengurangkan beban mereka yang hilang punca pendapatan susulan kerosakan teruk di laluan Gunung Kinabalu.

  Katanya, bantuan itu akan diagihkan kepada lebih 250 malim gunung setiap bulan menerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

  "Mereka (malim gunung) utarakan kepada kita mengenai masalah yang bakal hilang punca rezeki sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan sehingga laluan mendaki pulih sepenuhnya.

  "Dalam tempoh itu, mereka yang 80 peratus sudah berkeluarga dan perlu menyediakan persiapan untuk menyambut Ramadan, memerlukan kewangan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

  Terdahulu, Abd Azeez turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu berjumlah RM20,000.

  Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar lima doktor pakar kecemasan ke Kundasang minggu depan untuk membantu malim gunung dan keluarga mereka berdepan trauma serta kesan psikologi.

  "Pakar perubatan ini akan menyediakan kursus khas kepada malim gunung agar mereka ada kefahaman bagaimana menangani krisis terutama apabila ada bencana," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Biro Kebajikan UMNO salur bantuan kepada malim gunung"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info