89 butir peluru ditemui di kawasan Empangan Air Itam

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

89 butir peluru ditemui di kawasan Empangan Air Itam
6/10/2015 2:09:38 AM

89 butir peluru ditemui di kawasan Empangan Air Itam

POLIS menjalankan siasatan di lokasi penemuan 89 butir peluru hidup di Empangan Air Itam, di sini, semalam. – Foto ihsan PDRM

GEORGETOWN: Sebanyak 89 butir peluru hidup ditemui di kawasan Empangan Air Itam, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, peluru berkenaan ditemui oleh sekumpulan kru produksi penggambaran sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis.

Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan membawa pulang semua peluru terbabit untuk dihantar ke makmal forensik.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi, mengesahkan penemuan peluru berkenaan.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif semua peluru berkenaan dibuang di kawasan itu," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "89 butir peluru ditemui di kawasan Empangan Air Itam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info