Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Yang Dipertua Negeri Sabah ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa
6/6/2015 9:03:35 AM
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada pagi Jumaat di Ranau, kira-kira 108 kilometer dari sini.
YANG Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin – Foto Jabatan Penerangan Sabah
"Saya dan keluarga serta seluruh rakyat di negeri ini amat berdukacita dan bersedih di atas insiden yang berlaku di daerah Ranau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Juhar berharap keluarga mangsa yang terlibat terus tabah dan reda dalam menerima ketentuan Ilahi.
Gegaran akibat gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau turut dirasai di kawasan seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Setakat ini, 13 disahkan terkorban dalam kejadian itu manakala enam individu masih belum dapat dikesan.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Yang Dipertua Negeri Sabah ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa"