Pro-DAP, ulama PAS pertahankan pendirian masing-masing

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Pro-DAP, ulama PAS pertahankan pendirian masing-masing
6/6/2015 10:43:21 AM

Pro-DAP, ulama PAS pertahankan pendirian masing-masing

MUKTAMAR Tahunan PAS 2015 di Kuala Selangor. – Foto Aizuddin Saad

KUALA SELANGOR: Apa pun alasan, hakikatnya, polemik golongan ulama dan pro-DAP dalam PAS kekal berterusan, dan mereka terus mempertahankan pegangan masing-masing berkaitan pemikiran, hala tuju dan dasar parti itu.

Sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS 2015 menyaksikan pentas untuk mereka meluah, mempertahan dan merasionalkan prinsip dan pendirian masing-masing.

Pemilihan parti Khamis lepas menyaksikan golongan pro-DAP tewas teruk kepada golongan ulama yang mendominasi semua jawatan tertinggi.

Malah, semua Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama turut dikuasai golongan pro-ulama.

Bekas timbalan presiden dan naib-naib presiden yang tewas, ketika berucap pada sesi penggulungan itu, tetap mempertahankan pegangan mereka bahawa kerjasama PAS dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, amat penting untuk PAS mengukuhkan perjuangannya.

Ada yang merajuk, menyindir dan mahu melepaskan jawatan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman, yang dilihat pemerhati politik sebagai calon tunggal pro-DAP yang menang pada pemilihan itu, turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan AJK PAS Pusat itu.

Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden, dalam ucapan penggulungan juga dilihat penuh dengan sindiran apabila menyentuh hubungan PAS dengan DAP.

Beliau turut mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Pengerusi Penang International Halal Hub.

"Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi ulama (Dewan Ulama PAS), nanti tak patuh orang cakap pula lawan ulama maka saya mulakan dengan diri saya dan diikuti oleh rakan-rakan lain di Pulau Pinang," katanya secara sinis.

Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu lepas, dalam usul tergempar meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan DAP tetapi tidak dengan pakatan rakyat.

Sementara hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 hari ini, menerima usul itu tanpa dibahas sebaliknya akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mohamad yang tewas kepada pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat pro-ulama, secara sinis berkata PAS akan lebih kuat apabila bersendirian.

Secara sinis beliau mencadangkan PAS perlu bertanding semua kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebab PAS kuat di Sarawak.

Kalangan perwakilan yang dilihat seperti pro-DAP, turut mengambil kesempatan mempertikaikan keputusan untuk tidak membahaskan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP.

Perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Faiz Fadzil bangun selepas Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mahfuz Omar memaklumkan bahawa usul itu tidak akan dibahaskan hari ini kerana ia usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Seorang lagi perwakilan dari Kota Raja, Selangor Norhalim Sirome turut mencadangkan agar usul itu dibincangkan dalam muktamar khas agar ia boleh dibahaskan kerana melihat bertapa pentingnya tahaluf siyasi.

"Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi ni. Pemimpin jangan ambil mudah…wahai ulamakku ingat, memang Allah akan reda tetapi Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras," katanya lantang.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata golongan pro-DAP memang tidak berpuas hati dengan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

"Persoalan sekarang ialah apa seterusnya yang akan berlaku selepas keluarnya luahan kekecewaan daripada tokoh-tokoh yang kalah ini. Umpamanya Mohamad Sabu menamatkan ucapan beliau dengan menyanyikan lagu sedih, minta pemimpin baharu menjaga PAS baik-baik," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di akhir ucapan penggulungannya, mengajak semua bersama-sama meneruskan perjuangan parti dan yakin bahawa perjuangan itu sekali pun jika terpaksa bersendirian kelak, mereka (PAS) akan tetap dirahmati Allah.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pro-DAP, ulama PAS pertahankan pendirian masing-masing"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info