TUDM hantar 9 tan barang bantuan ke Nepal malam ini

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

TUDM hantar 9 tan barang bantuan ke Nepal malam ini
6/6/2015 8:26:47 AM

TUDM hantar 9 tan barang bantuan ke Nepal malam ini

ANGGOTA TUDM membawa masuk muatan barang keperluan ke dalam pesawat Hercules C130 untuk Misi Bantuan Bencana Alam ke Nepal. – Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar sebanyak sembilan tan barangan keperluan untuk Misi Bantuan Bencana Alam ke Nepal dengan menggunakan pesawat Hercules C130, malam ini.

Panglima Operasi Udara misi bantuan berkenaan, Leftenan Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, berkata antara barangan itu ialah makanan, ubat-ubatan serta kerusi roda.

"Turut dihantar pakaian sejuk dan khemah hasil sumbangan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) tempatan," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan TUDM Subang, dekat sini, sini hari ini.

Misi TUDM yang diketuai Mejar Anuar Ahmad bersama 18 anggota itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Kathmandu pada 7 pagi esok waktu tempatan (9.15 pagi waktu Malaysia).

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ricther yang melanda negara berkenaan pada 25 April lepas mengorbankan lebih 8,000 orang sementara 23,000 lagi cedera.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "TUDM hantar 9 tan barang bantuan ke Nepal malam ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info