VIDEO: Roket SpaceX's Falcon 9 Meletup Diudara Selepas Seminit Berlepas

 

 

Siakap Keli News

VIDEO: Roket SpaceX's Falcon 9 Meletup Diudara Selepas Seminit Berlepas
6/29/2015 2:41:00 AM



Roket SpaceX's Falcon 9 yang merupakan pesawat tanpa pemandu yang baru berlepas dari stesen pelancaran Cape Canaveral di Florida telah meletup dan berkecai di udara selepas seminit berlepas.

Serpihan pesawat yang berkecai kerana meletup di udara tersebut telah jatuh di Lautan Atlantik.

Roket berkenaan sedang menjalankan misi untuk menghantar kargo ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang mengandungi makanan untuk anak kapal si ISS..

Menurut agensi angkasa lepas Amerika Syarikat(NASA) semua bekalan makanan tersebut hilang dan tetapi tidak perlu risau kerana anak-anak kapal yang berada di ISS masih selamat kerana masih membunyi bekalan makanan yang cukup.


Ketiga-tiga angkasawan yang berada di ISS mempunyai stok makanan yang, air dan peralatan untuk beroperasi sehingga akhir Oktober kerana sudah ada lawatan daripada pihak Rusia dan Jepun sebelum itu.

"Pesawat itu telah pecah, kami berjaya merakam saat roket itu berlepas dan meletup" kata Nasa pengulas George Diller seorang pengacara TV yang menyaksikan perlepasan roket berkenaan.

Siasatan mengenai kemalangan tersebut masih dalam siasatan NASA dan Persekutuan Penerbangan Awam (FAA).

Dikatakan roket model berkenaan tidak akan dilancarkan lagi buat masa sekarang kerana masih menyiasat punca kejadian yang melibatkan pesawat model sama lain. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "VIDEO: Roket SpaceX's Falcon 9 Meletup Diudara Selepas Seminit Berlepas "

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info