Polis Marin Gagalkan Cubaan Bawa Masuk 38 Pati Ke Tawau

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Polis Marin Gagalkan Cubaan Bawa Masuk 38 Pati Ke Tawau
6/28/2015 3:13:53 AM

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI berkenaan ditahan selepas dua bot jongkong dinaiki mereka dipintas oleh anggota PPM yang melakukan rondaan di sekitar sungai Kalabakan dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari.

"Setelah memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan terhadap kedua-dua bot jongkong itu, pasukan peronda mendapati 22 lelaki dan 16 wanita berusia satu hingga 63 tahun di dalam kedua-dua bot berkenaan, tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Seorang daripada tekong bot jongkang berkenaan merupakan warga tempatan dan seorang lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua PATI yang ditahan berasal dari Indonesia dan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis Marin Gagalkan Cubaan Bawa Masuk 38 Pati Ke Tawau"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info