GAMBAR: Asap Dan Bunyi Keluar Dari Bawah Tanah Di Sarawak

 

 

Siakap Keli News

GAMBAR: Asap Dan Bunyi Keluar Dari Bawah Tanah Di Sarawak
6/29/2015 1:36:00 AM



BINTULU: Penduduk kampung di Tatau di sini hari ini dikejutkan dengan satu kejadian yang pada mulanya dianggap aneh selepas terdapat kepulan asap kecil dan bunyi keluar daripada bawah tanah.

Kejadian tersebut membuatkan penduduk kampung panik kerana risau sesuatu yang pelik bakal berlaku.

Gambar tersebut telah dikongsi di laman sosial menyebabkan ada yang membuat kesimpulan asap tersebut mungkin gas metana yang berada di bawah tanah.



Bagaimanapun pihak bomba telah dihubungi dan telah menjalankan siasatan mengenai asap misteri berkenaan.

Ternyata sangkaan orang ramai begitu meleset kerana hasil dari siasatan awal asap dan bunyi berkenaan keluar kerana berlaku litar pintas wayar yang ditanam di bawah rumah berkenaan.

Namun itu adalah hasil siasatan awal, apapun kita tunggu jawapan penuh daripada pihak bomba. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GAMBAR: Asap Dan Bunyi Keluar Dari Bawah Tanah Di Sarawak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info