MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Usahawan Dari Johor Tubuh Kelab Bola Sepak King Talib
6/8/2015 1:53:21 AM
KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan baharu milik seorang usahawan dari Johor akan menyertai Liga FAM pada tahun depan.
Laman Facebook Johor Southen Tigers memberitahu, pasukan itu digelar sebagai HRH King Talib Football Club.
"Kami ingin memaklumkan bahawa ada pasukan baharu ditubuhkan yang akan bertanding di pertandingan Liga FAM pada tahun hadapan yang diberi nama HRH King Talib Football Club.
"Tujuan utama pasukan ini ditubuhkan adalah untuk menunjukkan kekayaan, lagak dan "style"," kata Johor Southern Tigers malam tadi.
Menurut laman Facebok berkenaan, pemilik pasukan itu memaklumkan HRH King Talib Football Club diwujudkan kerana ada pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia menggunakan mahkota dalam logo pasukan itu.
Johor Southern Tigers turut memaklumkan pasukan itu bakal menjadi kelab bola sepak terkaya di negara ini.
Pengumuman itu bagaimanapun menjadi tanya tanya ramai peminat bola sepak tanah air sama ada ia cuma satu sindiran atau realiti.
Ia kerana pengumuman itu seolah-olah menyindir pasukan Real Mulia Football Club. – Mynewshub.cc
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Usahawan Dari Johor Tubuh Kelab Bola Sepak King Talib"