‘Kami Tak Seret Mayat Mangsa Gempa Bumi – Bomba

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

'Kami Tak Seret Mayat Mangsa Gempa Bumi – Bomba
6/8/2015 1:55:41 AM

TINDAKAN tidak bertanggungjawab beberapa individu di Facebook dan beberapa blogger murahan yang memuat naik gambar palsu anggota penyelamat menyeret mayat di dalam operasi SAR telah mencemarkan imej Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Perkara tersebut dilihat sebagai sengaja untuk mengaibkan pasukan penyelamat dan pihak JBPM menafikan sekerasnya gambar palsu tersebut.

Perkara itu disahkan oleh JBPM melalui akaun Facebooknya hari ini sambil menegaskan ia tidak pernah berlaku seperti dalam gambar tersebut yang kini giat dikongsikan di laman sosial.

bomba2"Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus-lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami.

"Tidak berlaku apa yang digambarkan. Gambar berkenaan merujuk kepada seorang anggota penyelamat sedang 'menyeret' mangsa gempa bumi tidak berlaku.

Sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama," kata agensi kerajaan itu dalam satu pautan gambar di Twitter.

Individu dan blogger terlibat dalam penyebaran gambar berserta dengan tuduhan tidak berasas itu dilihat mahu menjadi orang pertama yang memviralkan segala-segalanya berkenaan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat percaya dengan apa yang tersebar. Sebaliknya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "‘Kami Tak Seret Mayat Mangsa Gempa Bumi – Bomba"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info