Tiada Lagi Si Tama, Kucing Penjaga Keretapi

 

 

Siakap Keli News

Tiada Lagi Si Tama, Kucing Penjaga Keretapi
6/29/2015 1:15:00 AM


Salah seekor kucing yang paling disayangi di Jepun, yang memenangi hati penduduk Jepun dengan bekerja sebagai manager sebuah stesen keretapi, telah mati dan akan dikebumikan dalam satu majlis pada hujung minggu ini.

Tama, seekor kucing yang berusia 16 tahun, telah menarik beribu-ribu pelancong ke stesen keretapi kecil Kishi di Wakayama selepas ia secara rasmi dilantik sebagai manager stesen pada tahun 2007.

Kejayaan dalam menjalankan peranannya menyebabkan ia diberi anugerah daripada gabenor Wilayah Wakayama pada tahun 2008 dan kenaikan pangkat ke Super-manager di Wakayama Electric Railway pada tahun 2013.

Sebelum kewujudan Tama di stesen tersebut, stesen itu hampir bankrap  dan selalu kehilangan pekerja.

Tama, yang kemudiannya diambil bekerja bersama uniform khas dengan cepatnya menarik ramai pengunjung ke stesen keretapi terbabit seterusnya menyelamatkan ekonomi di kawasan tersebut.


Kucing itu diberikan penghargaan kerana meramaikan jumlah pengunjung yang menggunakan Kishigawa Line sebanyak 55,000 orang seterusnya menjana 1.1 billion yen (RM 338 juta) untuk ekonomi tempatan.

Antara yang bersedih dengan pemergian Tama yang mati kerana kegagalan jantung adalah Yoshinobu Nisaka yang berkata "Tama adalah kucing yang sangat popular di sini dan di luar dikenali sebagai bintang pelancongan. Atas berita pemergiannya, saya mahu meluahkan kesedihan dari dalam hati saya".

Syarikat keretapi terbabit bercadang untuk mengadakan pengebumian Tama stesen pada hujung minggu ini. Tempat Tama akan digantikan dengan seekor kucing pelatih, Nitama. - Siakapkeli.my

Natama(oren belang) bersama dengan Tama.




 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tiada Lagi Si Tama, Kucing Penjaga Keretapi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info