Tiada Lagi Amaran, Peniaga Online Gagal Daftar Perniagaan Dengan SSM Akan Disaman

 

 

Siakap Keli News

Tiada Lagi Amaran, Peniaga Online Gagal Daftar Perniagaan Dengan SSM Akan Disaman
6/5/2015 9:20:00 PM



KUALA LUMPUR: Tiada lagi lanjutan tempoh atau amaran yang akan diberikan selepas ini kepada perniaga atas talian atau peniaga online yang tidak mendaftar perniagaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato' Sri Hasan Malek berkata, semua perniaga tertakluk dengan akta sedia ada yang mewajibkan perniagaan yang dijalankan didaftarkan dengan SSM.

"Pendaftaran perniagaan bukan untuk menyusahkan peniaga tetapi ianya penting untuk melindungi hak pengguna apatah lagi perniagaan online bersifat global."

"Jika perniagaan tidak berdaftar maka tindakan susulan susah untuk diambil jika berlaku apa-apa penyelewengan," kata Hasan ketika sidang media selepas pelancaran acara SSM-ONE di The Curve, Damansara semalam.

Beliau juga memberitahu bahawa perniagaan yang berdaftar dapat mengelakkan berlakunya aktiviti pernipuan terutamanya melibatkan permindahan transaksi secara atas talian.

Beliau turut mengulas tentang penjawat awam yang menjalakan aktiviti perniagaan secara atas talian sebagai pendapatan tambahan.

"Penjawat awam dilarang berniaga sepanjang waktu pejabat namun selepas itu dibolehkan kerana kita faham ianya dapat membantu menjana pendapatan keluarga," katanya. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tiada Lagi Amaran, Peniaga Online Gagal Daftar Perniagaan Dengan SSM Akan Disaman"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info