Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa gempa – TPM

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa gempa – TPM
6/7/2015 2:33:35 AM

Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa gempa – TPM

MUHYIDDIN meninjau keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau yang mengalami kerosakan selepas dilanda gempa bumi Jumaat lalu. – Foto BERNAMA

RANAU: Keluarga rakyat Malaysia yang terkorban dalam gempa bumi di Gunung Kinabalu kelmarin akan menerima wang ehsan sebanyak RM10,000.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkannya, berkata RM5,000 daripada wang ehsan itu disumbangkan Kerajaan Pusat manakala selebihnya oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu pula akan menerima bantuan sebanyak RM2,000.

"Bagi rakyat Malaysia yang berada di tempat kejadian tetapi tidak cedera, kerajaan menyumbangkan RM1,000 seorang. Bantuan itu disalurkan kerana mereka masih trauma selepas kejadian itu," katanya pada sidang media di luar Restoran Liwagu, di sini, sebentar tadi.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa gempa – TPM"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info