GEMPA BUMI: 16 Orang Pendaki MAsih Hilang Di Gunung Kinabalu - Bomba

 

 

Siakap Keli News

GEMPA BUMI: 16 Orang Pendaki MAsih Hilang Di Gunung Kinabalu - Bomba
6/5/2015 9:01:00 PM



RANAU: Seramai 16 orang pendaki disahkan masih hilang dan operasi menjejaki mereka oleh pihak penyelamat masih diteruskan.

Menurut jurucakap pihak bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kesemua baki pendaki seramia 168 orang telah selamat tiba di Pondok Timpohon sejak awal pagi semalam kira-kira pukul 3,.00 pagi.

"Sehingga kini, seramai 16 pendaki dilaporkan belum ditemui dan usaha menjejaki mereka sedang giat dilakukan."

"Operasi telah ditangguhkan pada pukul 3.30 pagi dan akan disambung semula pada 5 pagi ini untuk gerakan mencari dan menyelamat," katanya.

Semalam pihak bomba telah berjaya menurunkan dua mayat pendaki iaitu seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang mayat kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GEMPA BUMI: 16 Orang Pendaki MAsih Hilang Di Gunung Kinabalu - Bomba"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info