Seorang ditembak mati, 2 ditahan dekat Hotel Shangri-La, Singapura

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Seorang ditembak mati, 2 ditahan dekat Hotel Shangri-La, Singapura
5/31/2015 11:03:38 AM

Seorang ditembak mati, 2 ditahan dekat Hotel Shangri-La, Singapura

SEORANG lelaki ditembak mati dan dua ditahan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Shangri-La di sini pada jam 4.36 pagi tadi. – Foto EPA

SINGAPURA: Seorang lelaki ditembak mati dan dua ditahan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Shangri-La di sini pada jam 4.36 pagi tadi, kata polis.

Dalam catatan laman Facebook, polis berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan berhenti di pusat pemeriksaan kenderaan di Ardmore Park.

Apabila diminta membuka tempat menyimpan barang untuk diperiksa, pemandu kereta berkenaan tiba-tiba memecut ke arah Anderson Road.

Walaupun polis memberi amaran supaya berhenti, pemandu itu merempuh sekatan polis dan membahayakan nyawa para pegawai bertugas.

Untuk mencegah bahaya lebih besar, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta itu dan menyebabkannya berhenti di persimpangan Orange Grove Road dan Anderson Road, kata catatan itu.

Polis berkata, bahan dipercayai dadah ditemukan pada seorang daripada lelaki yang ditahan.

Berikutan itu, Orange Grove Road, Anderson Road dan Ardmore Park ditutup sementara untuk memudahkan operasi polis dan orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan.

Bersempena Dialog Shangri-La IISS Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-14 yang berlangsung sekarang, langkah keselamatan, termasuk pusat pemeriksaan kenderaan dan orang, diadakan di sekitar Shangri-La Hotel.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang berakhir hari ini. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Seorang ditembak mati, 2 ditahan dekat Hotel Shangri-La, Singapura"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info