Gempa: Tiada kerosakan dilaporkan di daerah lain di Sabah

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Gempa: Tiada kerosakan dilaporkan di daerah lain di Sabah
6/6/2015 10:32:28 AM

Gempa: Tiada kerosakan dilaporkan di daerah lain di Sabah

KOTA KINABALU: Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini di kawasan Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tenom dan Beaufort yang turut merasai gegaran akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, berpusat di Ranau semalam.

Ketika dihubungi hari ini, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, berkata sehingga petang ini tiada gegaran susulan dirasai di daerah itu dan penduduk menjalankan kegiatan harian mereka seperti biasa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mustaffa Maarof dan Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Ngeying Taong berkata keadaan di dua daerah itu juga berjalan seperti biasa susulan kejadian gempa kira-kira 7.15 pagi itu.

Mereka berkata, tiada laporan mengenai kerosakan diterima daripada penduduk mahupun pemilik premis perniagaan.

Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, sebanyak 31 gegaran susulan berukuran antara 2.5 hingga 4.5 pada skala Richter berlaku sehingga hari ini, berpusat di Ranau.

Gegaran kedua kuat ialah pada 1.45 tengah hari ini berukuran 4.5 pada skala Richter yang dirasai hingga ke Kota Kinabalu.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Gempa: Tiada kerosakan dilaporkan di daerah lain di Sabah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info