PM: Saya Tidak Dibayar Sebarang Imbuhan Dalam 1MDB

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

PM: Saya Tidak Dibayar Sebarang Imbuhan Dalam 1MDB
6/9/2015 1:35:57 AM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beliau tidak dibayar sebarang imbuhan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah diadakan sebanyak 72 kali dan Mesyuarat Lembaga Penasihat pula telah diadakan sebanyak dua kali.

Memetik artikel Rakyat Post, Najib menjelaskan, "Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, bilangan Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB sepanjang lima tahun yang lalu sebanyak 72 kali.

"Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak dibayar imbuhan tahunan atau mengambil sebarang bayaran, imbuhan atau faedah," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Najib membalas pertanyaan daripada Ahli Parlimen Kampar, Dr. Ko Chung Sen yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bilangan mesyuarat lembaga yang diadakan oleh 1MDB untuk tempoh lima tahun lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Najib: 1MDB has more assets than liabilities

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM: Saya Tidak Dibayar Sebarang Imbuhan Dalam 1MDB"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info