Kadar Tol: Pemuda PAS Ugut Anjur Perhimpunan Besar-Besaran

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kadar Tol: Pemuda PAS Ugut Anjur Perhimpunan Besar-Besaran
6/13/2015 2:16:29 AM

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi amaran akan mengadakan perhimpunan besar-besaran jika kerajaan membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenaikan kadar tol perlu ditentang kerana ia akan mengakibatkan kenaikan harga barangan sekali gus membebankan kehidupan rakyat.

"Sekalipun Perdana Menteri menyatakan ia hanya di peringkat perbincangan tetapi dibocorkan pihak tidak beretika, namun ia mengesahkan ada perbincangan serius ke arah menaikan kadar tol di pihak kerajaan.

"Jika benar kenaikan kadar tol ini berlaku seperti yang dihebohkan, DPPM tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan himpunan besar-besaran di beberapa lokasi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan bahawa kenaikan kadar tol seperti yang disebarkan di media sosial tidak benar.

Jelas beliau, perkara tersebut belum muktamad dan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Justeru, Najib berasa kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam. – mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kadar Tol: Pemuda PAS Ugut Anjur Perhimpunan Besar-Besaran"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info