Identiti Suami Felixia Yeap Terbongkar, Berjawatan CEO

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Identiti Suami Felixia Yeap Terbongkar, Berjawatan CEO
6/9/2015 1:33:45 AM

MODEL dan pelakon jelita Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap mengejutkan ramai peminatnya apabila memaklumkan telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya pada 6 Jun lalu.

Menurut entri Instagram, majlis pernikahannya dikatakan dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat.

"Ia sebuah acara yang sangat ringkas. Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," katanya.

Bagaimanapun, Felixia Yeap atau kini mesra disapa Rara dilihat tidak begitu mendedahkan identiti suaminya.

Namun entah bagaimana, gambar dan identiti suaminya telah mula bersebar di laman sosial dan menjadi bualan hangat.

suamiFelixiaYeap4

Menurut sumber tertentu, suami Rara yang dikenali sebagai Dr Rezal Khairi Ahmad merupakan CEO kepada sebuah agensi yang dipanggil NanoMalaysia Berhad.

Ingin tahu lebih lanjut? Ini kami kongsikan biodata suami Rara…

SuamiFelixiaYeap3

Nama Penuh : Rezal Kahiri Bin Ahmad

Gelaran : Dr (Doktor Falsafah Phd)

Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Berhad

Kareer : Bekas Pensyarah UNITEN

Asal : Kuala Lumpur

Pendidikan : PhD dalam bidang nanotechnology, Electronic/ Electrical Engineering dari London Centre bidang Nanotechnology  dan Master's Degree dalam bidang Electrical Engineering di Universiti Tenaga Nasional Berhad (Uniten)

Pergghhh, terbeliak kami melihat qualification suami Rara yang sangat menakjubkan ini. Nampaknya bukan calang-calang lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Apa pun, kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Rara dan suami. Semoga berbahagia dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ORKED

Sumber: Oh Bulan!

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Identiti Suami Felixia Yeap Terbongkar, Berjawatan CEO"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info