Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ Jaga Ayah Sakit Di Hospital

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Penyanyi 'Sakitnya Tuh Di Sini' Jaga Ayah Sakit Di Hospital
6/12/2015 6:50:30 AM

MESKIPUN padat dengan jadual seninya, itu bukan alasan buat penyanyi dangdut kelahiran Indonesia Cita Citata untuk mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Buktinya, Cita cuba meluangkan masa untuk menjaga bapanya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Santosa Bandung International.

Gambar Cita yang kelihatan sugul bersama bapanya turut menarik perhatian peminat hiburan yang rata-rata memberi kata-kata sokongan dan menzahirkan rasa bersimpati.

Dalam keadaan letih, Cita yang popular menerusi lagu 'Sakit Tuh Di Sini' masih kelihatan menarik mengenakan T-shirt dan berseluar jeans.

Dalam pada itu, Cita yang berkongsi perasaan sedih mengenai bapanya menerusi laman Instagram turut memohon kepada peminat agar dapat mendoakan kesihatan bapanya.

Seorang pengguna menulis: "@cita_citata yang sabar. Allah selalu mengabulkan doa seorang anak untuk orang tuanya.. :) love u.

1 (1) (1)

Siapa sangka, Cita yang sering kali mencetuskan kontroversi dan sinonim dengan penampilan seksinya merupakan anak yang baik.

Kita doakan moga bapa Cita Citata kembali sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ Jaga Ayah Sakit Di Hospital"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info