GEMPAR!!! Gempa Dengan Magnitud 5.2 Landa Sabah

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

GEMPAR!!! Gempa Dengan Magnitud 5.2 Landa Sabah
6/12/2015 3:09:36 PM

Satu kejadian gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Sabah awal pagi ini.

Kejadian itu yang disahkan Jabatan Geologi Amerika Syarikat malam ini dan dilaporkan berlaku berhampiran Kota Kinabalu pukul 2.30 pagi (18:29:16 UTC).

Gempa terbaru itu telah dikaji dan disahkan oleh ahli seismologi negara berkenaan.

Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Kota Kinabalu, Barat Laut Sandakan dan Timur Laut negara Brunei.

Ketika Mynewshub melaporkan berita ini, belum ada sebarang maklumat berhubung kemusnahan atau kemalangan jiwa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Kejadian terbaru itu adalah yang ketiga dilaporkan di Sabah dan terbesar dalam tempoh 24 jam.

Terdahulu, satu gempa lemah berukuran 3 pada skala richter dilaporkan berlaku pada pukul 10.57 malam Khamis di Tuaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan pusat gempa itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116 .44 darjah timur, kira-kira 25 kilometre tenggara Tuaran.

Sementara itu, satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Ritcher, turut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.08 petang tadi di Ranau.

Menurut JMM, gempa bumi itu berpusat di 6.0 darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 6 kilometer tenggara Ranau.

Pada 5 Jun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian gempa dengan kekuatan hampir 6 pada skala Richter di negeri Sabah yang mengakibatkan belasan kematian di kawasan
Gunung Kinabalu.

Gempa tersebut merupakan yang paling kuat dan paling banyak membawa kemusnahan pernah dilaporkan di negara ini.

Sejak itu, puluhan gegaran susulan dilaporkan di negeri berkenaan dengan kejadian pagi ini sebagai kedua terkuat.

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GEMPAR!!! Gempa Dengan Magnitud 5.2 Landa Sabah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info