817 Terima BR1M Siri Kedua Di Seberang Perak

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

817 Terima BR1M Siri Kedua Di Seberang Perak
6/12/2015 5:10:04 AM

CHANGKAT LADA – Sejumlah 817 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) siri kedua di Dewan Serbaguna Felcra Seberang Perak Jumaat.

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata BR1M merupakan antara program yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang masih memerlukan sumbangan ini.

"Saya berpendapat program BR1M masih boleh diterima masyarakat, terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan BR1M Daerah Kecil Kampung Gajah Perak Tengah di sini.

Beliau berkata permintaan masyarakat untuk menambah jumlah BR1M bergantung kepada kemampuan kerajaan, iaitu menerusi cukai yang dikutip.

Majlis itu dihadiri penerima BR1M yang tidak mempunyai akaun bank dari Kota Setia, Kampung Gajah, Pulau Tiga, Bandar, Pasir Salak dan Pasir Panjang Ulu. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "817 Terima BR1M Siri Kedua Di Seberang Perak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info