Pengupload Video Tampil Perjelas Keadaan Sebenar, Minta Maaf

 

 

Siakap Keli News

Pengupload Video Tampil Perjelas Keadaan Sebenar, Minta Maaf
6/1/2015 8:27:00 AM


Shah Alam: Satu video yang merakamkan aksi orang ramai cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Seksyen 9 Shah Alam petang tadi menjadi viral di media sosial.

Video kejadian telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Tuan Nor Azlim.



Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..Allhamdulillah
Posted by Tuan Nor Azlim on Sunday, 31 May 2015

Marah dengan kejadian, pengguna di media sosial melontarkan komen yang mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit meninggalkan anak mereka di dalam kereta tersebut.

Namun, Tuan Nor Azlim tampil memberikan penjelasan perkara sebenar beberapa jam selepas video tersebut viral. Kanak-kanak itu bukannya ditinggalkan oleh ibu bapanya, tetapi turut bersama ketika orang ramai cuba memecahkan tingkap kereta berkenaan.


Setelah itu, Tuan Nor Azlin sekali lagi memuat naik penjelasan di Facebook miliknya yang menyatakan punca kanak-kanak tersebut terperangkap bukan kerana ditinggalkan oleh ibu bapanya, tapi kerana masalah auto lock kereta.

Diharap agar dengan penjelasan ini, orang ramai jelas dengan keadaan sebenar kejadian - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pengupload Video Tampil Perjelas Keadaan Sebenar, Minta Maaf"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info