Mueller : MAS Secara Teknikalnya Sudah Muflis

 

 

Siakap Keli News

Mueller : MAS Secara Teknikalnya Sudah Muflis
6/1/2015 9:58:00 AM



SEPANG: Syarikat penerbangan MAS secara teknikalnya sudah 'bankrap'. Itu kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller pada hari Isnin yang dipetik ketika beliau menyampaikan pelan strategik pemulihan syarikat tersebut.

Mueller berkata kenyataan tersebut berikutan peristiwa-peristiwa tragik yang melanda MAS pada tahun 2014 iaitu tragedi MH370 dan MH17.

"Kita secara teknikalnya muflis dan prestasi yang merudum telah berlaku sebelum peristiwa tragik sepanjang tahun 2014," kata Mueller memetik laporan dari Astro Awani.

MAS dibawah pimpinan Mueller mengambil tindakan berani dengan memberhentikan 20,000 pekerjanya yang mana 14,000 dari mereka telah diberikan surat tawaran kerja di syarikat baru.

Antara strategi Mueller untuk memulihkan semula MAS adalah dengan menggunakan jenama imej baru yang belum lagi didedahkan oleh beliau - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mueller : MAS Secara Teknikalnya Sudah Muflis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info