Mayat Bayi Tanpa Tangan, Kepala Terputus Ditemui

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Mayat Bayi Tanpa Tangan, Kepala Terputus Ditemui
6/13/2015 5:12:55 AM

Angkara bertuhankan 'nafsu', mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati berhampiran sebuah kilang gula, di Butterworth, Pulau Pinang petang tadi.

Mayat bayi tanpa tangan dan kepalanya terputus itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 51 tahun kira-kira pukul 1.22 petang.

Difahamkan, ketika kejadian saksi sedang berehat di kawasan berhampiran sambil melihat seekor anjing menggonggong satu objek.

Menurut satu sumber, saksi kemudian terkejut apabila mengetahui objek yang digigit anjing tersebut adalah mayat bayi.

"Dia yang curiga apabila melihat anjing terbabit mengigit objek berkenaan menghampiri dan menghalau haiwan itu sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat bayi.

"Lelaki terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian," katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mayat Bayi Tanpa Tangan, Kepala Terputus Ditemui"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info