50,511 Kes Denggi Seluruh Negara – Hilmi

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

50,511 Kes Denggi Seluruh Negara – Hilmi
6/13/2015 5:21:47 AM

BALIK PULAU – Kes demam denggi terus menunjukkan peningkatan dengan 50,511 kes direkod di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 11 Jun lepas berbanding 37,718 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata Selangor kekal mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 29,254 kes berbanding 21,616 kes tahun lepas dalam tempoh berkenaan.

Katanya usaha menangani wabak itu akan terus diperhebat termasuk menggempur tapak-tapak pembinaan di seluruh negara yang menjadi kawasan lazim pembiakan nyamuk Aedes pembawa kuman denggi.

Beliau turut menggesa masyarakat berganding bahu memerangi denggi dan tidak menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai kegiatan bermusim.

"Orang ramai diminta memastikan persekitaran mereka dalam keadaan bersih bukan sahaja sebelum musim perayaan malah amalan itu diteruskan semasa dan selepas sambutan," kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Keusahawanan Wanita peringkat Parlimen Balik Pulau di sini, Sabtu.

Terdahulu, beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menyerahkan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) berjumlah RM70,000 kepada tujuh usahawan terpilih di kawasan Parlimen itu. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "50,511 Kes Denggi Seluruh Negara – Hilmi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info