Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Mangsa gempa diberi penangguhan 3 bulan bayar pinjaman TEKUN
6/10/2015 10:46:15 AM
KUNDASANG: Bagi meringankan beban kewangan mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) memberi penangguhan bayaran balik pinjaman oleh usahawan TEKUN sehingga tiga bulan.
Pengurus TEKUN Sabah, Salim Abidin, berkata pihaknya telah meninjau beberapa usahawan TEKUN di daerah itu dan memutuskan untuk menawarkan pinjaman mengikut tahap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
"Usahawan berkenaan boleh memohon bantuan itu dengan berjumpa pegawai TEKUN di pejabatnya di Pekan Ranau," katanya kepada ketika di temui di sini, hari ini.
Seramai 512 usahawan berdaftar dengan TEKUN di seluruh daerah Ranau.
Kawasan Ranau dan Kundasang dilanda gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter pada 5 Jun, mengorbankan 18 orang yang berada di kawasan Gunung Kinabalu dan mengakibatkan kerosakan kepada bangunan serta harta benda penduduk tempatan.
– BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Mangsa gempa diberi penangguhan 3 bulan bayar pinjaman TEKUN"