Susah, senang Sarawak tetap bersama PM

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Susah, senang Sarawak tetap bersama PM
6/10/2015 7:33:41 PM

Susah, senang Sarawak tetap bersama PM

NAJIB mengangkat tangan Adenan Satem (kiri) selepas menerima skrol lafaz ikrar taat setia kepimpinan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat – Sarawak Untuk Najib di Stadium Perpaduan, Petra Jaya baru-baru ini. – Foto BERNAMA

APABILA Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyatakan sumbangan Datuk Seri Najib Razak cukup besar kepada pembangunan Bumi Kenyalang, malah melangkaui kelima-lima Perdana Menteri terdahulu, ia ternyata bukan 'omong kosong'.

Malah, umum mengetahui sejak mengambil alih tampuk kepemimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi enam tahun lalu, Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah menjelajah ke segenap pelosok Sarawak, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dari Ulu Lubai, Bintulu hingga ke Pekan Lachau, Sri Aman mahupun Lundu, Lawas, Belaga atau Long Banga, kedua-dua pemimpin generasi baharu itu tidak pernah gagal 'turun padang' meninjau kehidupan rakyat sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

Pemimpin paling banyak jelajah

Di sebalik pelbagai kekangan, terutama dalam konteks sistem perhubungan disebabkan bentuk muka bumi negeri ini, Najib dan Muhyiddin turut diperakui sebagai gandingan pemimpin tertinggi negara paling banyak menjelajah Sarawak, membawa pelbagai program pembangunan untuk rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang sendiri, yang sering menemani kedua-dua pemimpin itu mengadakan lawatan turut merekodkan setiap butiran kunjungan mereka di atas peta besar negeri terbesar di Malaysia ini.

"Tan Sri Alfred (Jabu Numpang) ada menyimpan dua helai peta kunjungan dan lawatan saya ke Sarawak sejak menjadi Perdana Menteri…. akan bertambah satu helai lagi peta itu selepas ini," seloroh Najib ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat – Sarawak Untuk Najib di Stadium Perpaduan, Petra Jaya baru-baru ini.

Setiap kali bertandang ke Sarawak, kehadiran Najib dan Muhyiddin bukanlah dengan 'tangan kosong', malah pelbagai 'buah tangan' dibawakan mereka untuk rakyat negeri ini yang mendapat jolokan 'simpanan tetap' Barisan Nasional (BN).

Malah, pengumuman demi pengumuman, sama ada sumbangan dana mahupun projek pembangunan adalah perkara biasa walaupun dalam kalangan pengamal media, ia seolah-olah sebagai petanda Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) semakin hampir.

Namun, bagi Najib dan Muhyiddin, begitu juga menteri Kabinet Persekutuan, segala peruntukan disalurkan itu sejajar dengan ikrar BN dalam membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar, sekali gus meningkatkan sosioekonomi rakyat.

Ia juga jelas membuktikan BN sentiasa menepati janjinya yang diperakukan dalam manifesto setiap kali pilihan raya.

Justeru, tidak hairanlah jumlah peruntukan yang dibawa mereka setakat ini sarat melebihi RM2 bilion, satu jumlah yang sangat besar, berselerak dan yang paling penting dinikmati pelbagai peringkat masyarakat pada kadar 'kelulusan segera'.

Sumbangan terbesar Najib

Tentunya, sumbangan terbesar Najib dan Kabinet Persekutuan pimpinannya ialah Projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai kira-kira RM15 bilion yang kini dalam pembinaan, sekali gus mengakhiri penantian 52 tahun rakyat negeri ini untuk memiliki rangkaian 'super highway' sepertimana Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Semenanjung.

Disifatkan sebagai projek kejuruteraan terhebat di Malaysia, Projek Lebuh Raya Pan Borneo itu bukti terbesar sumbangan beliau menyelesaikan isu sistem perhubungan di negeri ini dalam tempoh enam tahun menjadi Perdana Menteri, berbanding seorang lagi pemimpin yang asyik bertumpu kepada pembangunan di Semenanjung sepanjang 22 tahun menerajui kepemimpinan negara.

Maka, tidak hairanlah apabila Adenan dalam nada tegas berkata, jika sejarah negeri ini ditulis semula, nama 'Najib' akan terpahat sebagai antara pemimpin penting yang membangunkan Sarawak.

"Bahkan Sarawak akan menjadi negeri yang sentiasa bersama beliau (Najib) ketika 'susah' mahupun 'senang', baik ketika laut tenang mahupun 'dibadai gelora'. Rakyat Sarawak tahu mengenang dan menghargai jasa… bukan budaya kita menikam dari belakang," kata Adenan yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar berterus-terang.

Bagi pemerhati hubungan simbiotik antara kedua-dua pemimpin ini, kedua-dua saling bergantungan dan memerlukan.

"Adenan memerlukan Najib untuk meneruskan legasi pembangunan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, manakala Najib memerlukan Sarawak untuk memperkukuhkan legasi politiknya," kata penganalisis politik, Nadrawina Isnin, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.

Tanpa Sarawak, kata Nadrawina, kedudukan politik BN pada peringkat Pusat agak goyah, maka tidak hairanlah Najib benar-benar menjaga negeri ini agar terus kukuh menjadi kubu kuatnya.

Atas faktor itu juga, apabila Adenan meminta peluasan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri membabitkan beberapa bidang kuasa jabatan dan agensi Persekutuan, Najib menyambutnya dengan reaksi positif, sesuatu yang sukar diperoleh oleh negeri lain.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Susah, senang Sarawak tetap bersama PM"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info