Azmin Ali Bimbang Hilang Kuasa Jika Bubar DUN?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Azmin Ali Bimbang Hilang Kuasa Jika Bubar DUN?
6/12/2015 6:39:24 AM

SECARA teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Inilah paling ditakuti sekali gus namanya pasti tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa, mengatasi Nizar Jamaluddin di Perak yang bertahan hampir 13 bulan.

Justeru, tidak hairanlah ADUN Bukit Antarabangsa itu kelihatan resah gelisah mengenangkan 'perang' antara Pas dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang.

Bayangkanlah jika negarawan Tun Dr. Mahathir diajuk pelbagai pihak dengan ungkapan bersahaja "Apa nama", kini Azmin pula mulai popular dengan parodi "Itu pandangan peribadi" bagi mengelak lafaz klise "Tiada komen".

Jika DAP mahu putus hubungan dengan Pas, jawapan mudah Azmin "Itu pandangan peribadi DAP", dan sekiranya Pas pula ugut hendak 'bercerai' dengan DAP, jawapan ringkas Azmin sekali lagi "Itu pandangan peribadi Pas".

Segala-galanya bersifat peribadi. Entahlah apa yang peribadinya atau adakah Azmin memang jenis manusia sentimental malah semuanya adalah peribadi dan tiada yang tidak peribadi, kecuali peribadi sahaja semata-mata.

Sebenarnya inilah cara tersirat Azmin melindungi keresahan hatinya yang tahu 'bencana besar' akan menimpa dirinya jika Pas mengotakan janji keluar terus daripada kerajaan campuran Pakatan Rakyat di Selangor.

Memetik portal berita AgendaDaily, apa lagi hendak kata… sesiapapun di tempat Azmin akan cuba reda keadaan dengan menolak bulat-bulat pilihan membubarkan DUN Selangor jika kemelut PAS dan DAP tidak selesai cepat.

Timbalan Presiden PKR itu baharu sahaja mengangkat sumpah jadi Menteri Besar pada tahun lalu, kurang setahun, jika DUN bubar, beliau akan catat sejarah sebagai MB yang paling singkat memegang kuasa di Malaysia.

Secara matematik, Pas memiliki 15 ADUN sama banyak dengan DAP yang juga 15, manakala PKR cuma ada 13 kerusi selepas parti itu memecat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim susulan Langkah Kajang dan BN pula 12.

Ini bermakna andai kata Pas bersatu dengan BN dan Khalid, kelompok itu sudah ada 28 kerusi tetapi Azmin hanya 27 kerusia kerana kedudukan Speaker DUN yang juga wakil Subang Jaya, Hannah Yeoh tidak boleh mengundi.

Mahu tidak mahu Azmin kena menghadapi episod kritikal perselisihan antara DAP dan Pas dengan terus tunjuk steady, di luar nampak yakin, tetapi dalam hati kecilnya siapa yang tahu; takut, cemas, bimbang, gelisah, pening!

Jika diimbas semelua, kemelut Pakatan Rakyat bermula dengan soal kedudukan MB Selangor. Percubaan PKR melakukan Langkah Kajang untuk menyingkirkan Abdul Khalid yang kuat disokong Pas dan juga BN.

Mulanya Anwar Ibrahim dinamakan bakal calon MB, kemudian isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, dan selepas bertelagah selama dua bulan akibat Abdul Khalid pun enggan mengalah, Azmin muncul sebagai MB baru.

Ramai penganalisis politik percaya Langkah Kajang oleh PKR merupakan penyumbang terbesar kepada kerosakan pakatan pembangkang pada hari ini khasnya melibatkan hubungan Pas dengan DAP.

Ingat bagaimana 2 ADUN PAS yang berpaling tadah menyokong Azizah sehingga Abdul Khalid yang disokong Presiden Pas, Abdul Hadi hilang majoriti dan terpaksa melepaskan jawatan disandangnya sejak Mac 2008.

Sungguhpun Azmin mucul sebagai pemenang… tapi beliau belum selamat sepenuhnya. Bagi Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pembubarkan DUN adalah langkah seterusnya jika kemelut dengan Pas tidak selesai.

Tony mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau Exco daripada wakil Pas tiba-tiba membuat 'lawak' apabila enggan bekerjasama dengan exco DAP.

Sebab itu, Azmin pada Jumaat ketika ditanya pemberita cepat-cepat menepis spekulasi bahawa akan berlakunya pembubaran DUN Selangor, kali ini beliau tampil dengan berdalih: "Itu bukan isu!"

Persoalannya bagaimana PKR mahu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ekoran keengganan Pas dan DAP meneruskan kerjasama politik mereka atau popular disebut sebagai tahaluf siyasi ala konsep BN.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, DAP perlu membubarkan DUN Pulau Pinang jika berhasrat memecat pemimpin Pas yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan agensi negeri itu.

Peletakan jawatan Pas di Pulau Pinang ujar beliau, tidak memberi kesan yang besar sekiranya parti tersebut mengambil keputusan secara muktamad untuk langsung memutuskan hubungan politik dengan DAP.

Dewan Ulama Pas sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi dalam Pakatan.

Setakat ini Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat. – Agensi/Mynewshub.cc/H.A.A

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Azmin Ali Bimbang Hilang Kuasa Jika Bubar DUN?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info