Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Kementerian Kesihatan kaji kenakan cukai atas kandungan gula dalam minuman
6/12/2015 1:06:31 AM
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata demikian berikutan penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan yang semakin meningkat di Malaysia.
"Kita sudah bincang dengan pemain industri berkaitan cadangan ini dan kita masih membincangkan kaedah paling optimum untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat.
"Setakat ini kita ada beberapa cadangan dan kami sedang meneliti akan keperluan untuk mengenakan cukai ke atas kandungan gula dalam minuman terutamanya minuman bertin," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Persatuan Dietitian Malaysia di ibu negara.
"Tiada gula yang diperlukan rakyat, manusia masih boleh hidup tanpa pengambilan gula," tambahnya.
Cadangan tersebut kini diteliti pihak Kementerian Kesihatan namun, kesedaran akan bahaya pengambilan gula berlebihan tetap diteruskan kementeriannya bagi memastikan rakyat kekal sihat.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Kementerian Kesihatan kaji kenakan cukai atas kandungan gula dalam minuman"