Jangan Panik, Waspada Hadapi Kemungkinan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Jangan Panik, Waspada Hadapi Kemungkinan
6/13/2015 1:17:11 AM

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihati penduduk di daerah-daerah yang berisiko dilanda gempa bumi supaya tidak panik dan berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pada masa sama, saya juga meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengedarkan berita atau gambar gempa bumi yang tidak berkaitan dengan kita.

"Dalam keadaan sekarang, kita perlu bekerjasama dan saling membantu ke arah yang positif dan bukan menimbulkan kebimbangan dan kritikan yang tidak berasas mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program di PPR Taman Murni di sini, hari ini.

Musa berkata, beberapa daerah di Sabah masih mengalami gegaran susulan selepas gempa bumi pada 5 Jun lepas termasuk gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 2.29 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah dan gegarannya dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Pada 5 Jun lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.

Lapan belas orang – empat malim gunung dan 14 pendaki – terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jangan Panik, Waspada Hadapi Kemungkinan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info