Gimnastik artistik wanita tambah emas negara

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Gimnastik artistik wanita tambah emas negara
6/7/2015 5:54:10 AM

Gimnastik artistik wanita tambah emas negara

SKUAD gimnastik Malaysia, bergambar bersama pingat emas yang mereka menangi dalam pusingan akhir Gimnastik Artistik berpasukan Wanita Sukan SEA 2015 di Kompleks Sukan Bishan, Singapura. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SINGAPURA: Skuad gimnastik artistik wanita negara mengulangi kejayaan 14 tahun lepas dengan meraih pingat emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 di Dewan Sukan Bishan, di sini, hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan itu adalah hadiah hari jadi jurulatih Nataliya Sinkova yang telah memimpin skuad gimnastik negara hampir 20 tahun.

Pasukan negara yang dibarisi oleh Farah Ann Abdul Hadi, Siti Nur Bahirah Ahmad, Tracie Ang, Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Jayadev dan Tan Ing Yueh, masing-masing berjaya menarik perhatian juri dengan mengumpul 206.200 mata.

Pencabar utama, Singapura, yang diwakili oleh Janeesa Dai, Ashly Lau, Kelsie Muir, Nadine Nathan, Michelle Teo dan Qiyan Zeng meraih perak dengan 202.500 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Filipina yang dibarisi Rachelle Arellano, Sofia Isabel Gonzales, Elizabeth, Leduc, Ma. Christina Onofre dan Ava Lorein Verdeflor memungut 191.400 mata.

Kali terakhir skuad gimnastik artistik meraih emas ialah pada tahun 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu menerusi Au Li Yen, pasangan adik- beradik, Chang Swee Ting dan Chang Zhi We, Nurul Fatiha Abdul Hamid dan Yap Yen Yin.

Ketua pasukan, Farah Ann berkata beliau dan rakan sepasukannya berpuas hati apabila dapat memberikan cabaran kepada skuad tuan rumah yang dilihat pesaing utama untuk meraih pingat emas.

"Memang sasaran kami adalah emas tetapi kami tahu kelebihan tuan rumah lebih tinggi namun hari ini kami menampilkan persembahan yang sangat baik dan mengalahkan pencabar kami.

"Kami sangat teruja. Kejayaan ini adalah sangat bermakna, terima kasih kepada jurulatih, ibu bapa saya turut berada di sini memberi sokongan. Bagi saya, ini adalah skuad paling terbaik," katanya.

Sementara itu, Nataliya, jurulatih dari Ukraine, berkata pasukannya telah membuktikan dengan persembahan untuk merangkul emas dan percaya anak didiknya akan meneruskan momentum kejayaan dalam acara individu nanti.

"Mereka adalah bidadari saya…saya menaruh kepercayaan penuh terhadap mereka," katanya.

BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Gimnastik artistik wanita tambah emas negara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info