GEMPA BUMI: 17 Orang Masih Hilang Termasuk 3 Orang Malim Gunung - Polis

 

 

Siakap Keli News

GEMPA BUMI: 17 Orang Masih Hilang Termasuk 3 Orang Malim Gunung - Polis
6/5/2015 10:07:00 PM



RANAU: Pihak Polis Di Raja Malaysia sebentar tadi mengesahkan 17 orang masih hilang di mana dari 17 orang tersebut terdiri daripada 14 orang pendaki dan 3 orang Malim Gunung.

Ketua Polis Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, daripada jumlah 14 orang pendaki itu, tiga orang rakyat Malaysia telibat manakal bakinya selebihnya adalah lapan warga Singapura dan masing-masing seorang warga Jepun, Filipina dan China.

BACA: GEMPA BUMI: 16 Orang Pendaki MAsih Hilang Di Gunung Kinabalu - Bomba

"Setakat ini dua mangsa meninggal dunia yang ditemui semalam adalah Wee Ying Ping Peony, 12, pelajar Tanjong Katong Primary School dan Robbi Sapinggi, 30, malim gunung.

"Kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat," katanya. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GEMPA BUMI: 17 Orang Masih Hilang Termasuk 3 Orang Malim Gunung - Polis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info