Bongkah kubah jatuh dalam masjid – AJK

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Bongkah kubah jatuh dalam masjid – AJK
6/7/2015 12:32:05 AM

Bongkah kubah jatuh dalam masjid – AJK

JOHARI (kiri) dan Apar menunjukkan bahagian bumbung masjid yang rosak ditimpa bongkah konkrit. – Foto NSTP

RANAU: "Saya dengar dentuman kuat di atas bumbung sebelum bongkah konkrit jatuh hanya kira-kira dua meter dari tempat saya menyapu lantai masjid," kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Ar-Rahman, Ranau, Johari Abdullah, 45.

Menceritakan detik mencemaskan ketika gempa bumi kelmarin, Johari berkata ketika itu dia dan siak masjid sedang membersihkan ruangan solat baga persediaan solat Jumaat.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mereka tiba-tiba merasai gegaran luar biasa sebelum terdengar dentuman kuat di atas bumbung dan bongkah konkrit dari bahagian menara jatuh betul-betul di hadapannya.

"Saya dan siak lari menyelamatkan diri. Apabila menoleh semula ke masjid, saya nampak satu kubah di bahagian menara masjid tumbang dan hampir jatuh manakala beberapa dinding di bahagian kubah jatuh menghempap bumbung sehingga menembusi ruang solat," katanya ditemui ketika selepas tinjauan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Sementara itu, Imam Apar Siha, 67, berkata akibat kejadian itu, masjid berusia 41 tahun itu yang boleh memuatkan 2,000 jemaah tidak boleh digunakan.

Katanya, tiga surau iaitu di Kampung Lingkudau, Paka-Paka dan Meliba digunakan sementara sebagai masjid.

"Kami berharap ada peruntukan disediakan untuk membina masjid baharu kerana masjid ini disahkan tidak selamat digunakan," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Bongkah kubah jatuh dalam masjid – AJK"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info