Muhyiddin tiba di Ranau tinjau kesan gempa

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Muhyiddin tiba di Ranau tinjau kesan gempa
6/6/2015 11:39:43 PM

Muhyiddin tiba di Ranau tinjau kesan gempa

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ranau untuk meninjau kesan gempa bumi yang dialami di sini. – Foto NSTP

RANAU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ranau kira-kira jam 11.20 pagi ini dengan helikopter untuk meninjau kesan gempa bumi yang dialami di sini.

Sejurus tiba, Muhyiddin yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, terus ke Masjid Ar-Rahman pekan Ranau untuk meninjau kerosakan akibat gempa bumi di masjid berkenaan.

Selepas itu, beliau dijadualkan meninjau kerosakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, Ranau dan SMK Ranau.

Sejurus selesai, Muhyiddin dijadualkan ke Taman Kinabalu untuk meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa dan mendengar taklimat yang diadakan di Restoran Liwagu, Taman Kinabalu kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau dijadual bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 3 petang melalui jalan darat sebelum kembali ke ibu negara pada jam 4.30

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Muhyiddin tiba di Ranau tinjau kesan gempa"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info