Oh My English! kembali hari ini

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Oh My English! kembali hari ini
6/7/2015 12:11:51 AM

Oh My English! kembali hari ini

BARISAN pelakon drama Oh My English!. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Drama Oh My English! Class of 2015 kembali dengan musim baharu mulai hari ini dan akan memperlihatkan bagaimana pelajar 4 Merah menjejakkan kaki ke tahun senior mereka. Nantikan kejutan besar dan jalan cerita menarik, bersama karakter yang tidak dapat anda lupakan di samping dialog lucu yang mencuit hati.

Drama ini akan bersiaran setiap Ahad jam 6.30 petang menerusi saluran Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135). Baru-baru ini, Oh My English! turut mencipta sejarah tersendiri apabila dicalonkan dalam kategori 'Children and Young People', Anugerah Digital Antarabangsa Emmy 2015; menjadikannya rancangan pertama dari Malaysia mendapat pengiktirafan berkenaan.

Banyak kejayaan yang sudah dikecapi Oh My English! sejak mula dilancarkan pada tahun 2012. Sokongan berterusan pelajar, ibu bapa dan hampir semua rakyat Malaysia membolehkannya meraih jumlah tontonan seramai 7.9 juta, sekali gus menjadikan Oh My English! rancangan 'edutainment' paling berjaya di Malaysia.

Bukan sahaja di televisyen, malah Oh My English! berjaya mencipta pengaruh yang tersendiri di media sosial dengan lebih 16 juta tontonan direkodkan dalam akaun YouTube, 629 ribu peminat di Facebook dan semakin mendapat tempat di hati pengguna di Twitter dan Instagram. Ternyata impak media sosial cukup mengesankan ketika ini.

Menariknya musim in, penonton akan disajikan dengan kejutan yang cukup besar kerana Mr Henry Middleton (Zain Saidin) sudah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak lagi dikenali. Bukan itu sahaja, perhubungannya dengan Cikgu Ayu seakan dilanda badai apabila muncul guru baharu yang cukup kacak dan berupaya menambat hati pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Dalam iaitu Cikgu Ariff (Nazrief Nazri).

Selain itu, banyak lagi wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing. Ini termasuk pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat yang cukup menawan, Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan pelajar junior merangkumi si cantik Bella (Chacha Maembong) yang kuat bergosip; si ulat buku Sayur (Azzam Sham) yang gelabah; jejaka pemalu yang mempunyai bakat besar dalam muzik, Zeeq (Afeeq Emir); dan si manis Qila (Syamiem Elnisa) yang lemah lembut tutur bahasanya.

Tiada yang lama, tiadalah yang baharu. Jangan kita lupakan barisan pelakon lama yang sudah sebati dengan Oh My English iaitu See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Jojie (Nadiya Nisaa), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran) dan Jibam (Akhmal Nazri). Tidak dilupakan juga guru SMK Ayer Dalam yang tersayang iaitu Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Puan Aida (Ogy Ahmad Daud) di samping Sarjan (Rahim R2) yang menghidupkan watak pengawal keselamatan yang cukup peramah.

Musim ini juga menjanjikan jalan cerita yang cukup hebat dengan barisan cameo yang popular antaranya Achey, dari kumpulan Bocey yang amat terkenal menerusi rancangan komedi Maharaja Lawak Mega dan juga penyampai radio nombor satu Malaysia, Hitz FM, Ean dan Adam C. Paling menarik, nantikan kemunculan penyanyi dan juga komposer yang berjaya mencipta nama di seluruh dunia, Ed Sheeran.

Pastinya, 20 episod musim baharu Oh My English! menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Oh My English! kembali hari ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info