Bekas Tunang Adira Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Bekas Tunang Adira Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan
6/30/2015 12:28:37 AM

BEKAS tunang penyanyi Adira Suhaimi, Shahrul Nasrun Kamarudin menafikan kenyataan Elizabeth Tan yang mendakwa dia cuba mengorat penyanyi yang terkenal dengan lagu Knock-Knock itu ketika dia masih lagi bergelar tunangan Adira.

Sebaliknya menurut Shahrul yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, tiada sebarang perkara peribadi melibatkan dirinya dan penyanyi berketurunan Cina itu sebaliknya dia hanya berhubung dengan Elizabeth atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

"Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang bekerjasama dalam apa saja program atau kempen saya," katanya.

Walaupun Elizabeth mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkannya, namun Shahrul tidak sesekali menyalahkan penyanyi berusia 22 tahun itu kerana memahami situasi dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

"Sesiapa saja kalau dikaitkan dengan hubungan lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja.

"Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staf saya yang lain saya layan mereka sama saja," ulasnya memetik laporan portal Rotikaya.

Shahrul turut memohon izin agar dirinya dan Adira mencari kebahagiaan masing-masing berikutan ikatan pertunangan yang terjalin sudah pun terputus sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, Shahrul enggan memberikan sebarang komen lanjut ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi kerana dia telah dinasihatkan agar tidak lagi memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung isu ini.

Adira dan Shahrul bertunang pada 22 Disember tahun lalu di kediaman penyanyi cantik itu di Kundasang, Sabah dan mengikut perancangan mereka sepatutnya disatukan September ini. – MYNEWSHUB.CC

adira

Tinggal kenangan.. majlis pertunangan Adira-Shahrul Disember lalu.

'Syukur dengan penghijrahan Adira' – Shahrul Nasrun

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Bekas Tunang Adira Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info