Ambil Syabu, Mamat Exist Didenda RM4,000

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Ambil Syabu, Mamat Exist Didenda RM4,000
6/30/2015 12:16:00 AM

Ampang – Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Untuk Mu Ibu dan pernah memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza yang memakai baju penjara berwarna merah itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 11 malam, 26 Mac lalu. - myMetro Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ambil Syabu, Mamat Exist Didenda RM4,000"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info