Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?
6/30/2015 12:21:42 AM

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua parti di bawahnya iaitu PAS dan DAP.

Namun, yang merunsingkan puak pembangkang termasuk parti pemerintah kerajaan Selangor iaitu PKR adalah masa depan dalam pentadbiran. Mana tak risau, kedudukan bilangan kerusi yang sama antara PAS dan DAP iaitu 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi membuatkan parti itu perlu neutral untuk meneruskan kekuasaannya.

Usah Leka Gula-Gula DAP Mahu Bantu Masjid

Dalam laporan terkini, pemimpin DAP dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bagi membincangkan pentadbiran negeri tersebut, hari ini.

Antara figura yang bakal hadir dalam perbincangan itu adalah Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi, Teng Chang Kim.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua kepada portal The Malaysian Insider.

"Ia tentang masa depan kerajaan negeri Selangor."

Selain itu, isu lain yang akan dibincangkan hari ini adalah tentang hubungan antara DAP dan PKR serta status PAS dalam kerajan negeri itu setelah keputusan Muktamar Tahunan bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, ada laporan menyatakan bahawa Azmin kini keliru untuk memilih rakan sekutunya, sama ada PAS mahupun DAP.

Ia berikutan perlantikan Azmin sebagai MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan hasil bantahan PAS terhadap keputusan PKR dan DAP yang menginginkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan tersebut sebelum ini.

Tersepit di tengah-tengah, agak-agak siapa yang bakal dipilih Azmin untuk sama-sama mentadbir Selangor? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PKR Tak Mahu Bersekongkol Tendang DAP Atau PAS

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info