Permohonan Program Khas MARA - JPA 2015 Lepasan SPM Online

Permohonan Program Khas MARA - JPA 2015 Lepasan SPM Online. Dipetik dari makluman rasmi laman web MARA, Permohonan adalah dipelawa daripada calon -calon yang menduduki SPM pada tahun 2014 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

JPA MARA adalah program penajaan pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun semasa bagi mengikuti pengajian persediaan dan Ijazah Pertama di luar negara dalam pelbagai bidang yang ditetapkan.




jpa mara 2015
Klik Applikasi Permohonan Program Khas MARA - JPA 2015 Lepasan SPM Online di e-SILA

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM KHAS MARA-JPA UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera
dan Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2014 pada kali pertama.
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

 
Syarat-Syarat Khusus Permohonan Tajaan JPA-MARA 2015 boleh dilayari di FAQ.
0 Komentar untuk "Permohonan Program Khas MARA - JPA 2015 Lepasan SPM Online"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info