Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Kajian analisis kos dan manfaat TPPA dijangka siap penghujung Julai
6/10/2015 12:56:02 AM
KUALA LUMPUR: Kajian analisis kos dan manfaat membabitkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka siap hujung Julai ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Foto Muhd Zaaba Zakeria
Mustapa berkata, analisis kajian oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Price Waterhouse Coopers (PWC) itu kelak akan dijadikan input bagi membantu kerajaan membuat keputusan berkenaan perjanjian itu.
"Kira-kira enam minggu lagi kita jangka analisis ini akan siap, pagi tadi pun saya ada bertemu dengan mereka bagi mengetahui kemajuan analisis ini," katanya ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan mengenai pendirian Malaysia terhadap TPPA.
Mustapa berkata, hasil analisis berkenaan nanti akan didedahkan kepada umum, termasuk teks rundingan, selain satu sesi perbahasan juga akan diadakan di Parlimen sebelum keputusan mengenai perjanjian tersebut dibuat.
Menjelas lanjut Mustapa berkata, sehingga kini, kementerian telah mengadakan lebih 100 pertemuan bagi membincangkan perjanjian berkenaan, termasuk dengan Kaukus Parlimen yang ditubuhkan khas bagi memberi pandangan kepada kerajaan mengenai perjanjian terbabit.
Mustapa berkata, dalam membuat keputusan mengenai perjanjian berkenaan, kerajaan menjamin kedaulatan negara tidak akan terjejas selain mengambil kira pandangan semua pihak.
"Kita juga tegaskan tiada mana-mana negara yang boleh memaksa kita untuk memuktamadkan perjanjian ini.
"Apa pun yang akan kita lakukan, kita tidak mahu hilang kebebasan melaksanakan dasar-dasar tertentu serta kedaulatan dan kepentingan negara akan dipertahankan," katanya. – BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Kajian analisis kos dan manfaat TPPA dijangka siap penghujung Julai"