3 Wartawan New Straits Times Dinobat Anugerah Kajai

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

3 Wartawan New Straits Times Dinobat Anugerah Kajai
6/8/2015 9:43:07 PM

KUALA LUMPUR – Wartawan New Straits Times, Haris Hussin, Farrah Naz Karim dan Aliza Shah Muhammad Shah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kajai pada Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2014 sempena Malam Wartawan Malaysia 2015 di sini malam tadi.

Mereka membawa pulang gelaran paling berprestij kewartawanan negara serta wang tunai RM30,000 yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ketiga-tiga wartawan itu menulis berita muka hadapan News Straits Times menyediakan satu siri laporan komprehensif mengenai isu air bekas lombong ke Kuala Selangor yang dibekalkan kepada dua juta pengguna di Lembah Klang.

Anugerah Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail pula dikongsi bersama Brenda Ch'ng Ai Hwa dari The Star dan Siti Khadijah Jaafar dari TV3, berdasarkan potensi mereka dalam bidang kewartawanan.

Mereka menerima wang tunai RM15,000.

Bekas pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang yang kini berkhidmat di The Sun dan Ketua Pengarang akhbar tempatan di Sabah, Daily Express, James Sardahthisha memenangi Anugerah Khas atas ketokohan dua wartawan veteran itu.

Pada majlis malam ini, seramai 46 wartawan berentap di peringkat akhir daripada 413 pengamal media menerima hadiah menerusi 14 kategori.

Kesemua pemenang masing-masing menerima wang tunai RM15,000, kecuali Anugerah Esei Foto Cemerlang menerima hadiah RM12,000.

Malam Wartawan Malaysia diperkenalkan pada tahun 1981 sebagai satu usaha untuk mengiktiraf karya-karya terbaik kewartawanan Malaysia bertujuan meningkatkan kualiti kewartawanan di negara ini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Farrah Naz berkata laporan pertama mereka terbit pada 7 Mei 2014 yang menyediakan laporan membabitkan pakar-pakar, badan bukan kerajaan bagi menghentikan penyaluran air lombong yang berbahaya itu.

"Kami memang berdepan dengan pelbagai cabaran berdepan pihak berkuasa dan kerajaan Selangor, namun kami kuat untuk tujuan satu matlamat membongkar kebenaran dengan melakukan siasatan dan turun ke lapangan selama dua bulan," katanya yang gembira dan puas hati dengan pengiktirafan pertama kali itu.

Sementara itu, pemenang Anugerah Dokumentari Video/ TV Cemerlang, Rapitah Sulaiman dari RTM Sabah berkata kemenangan itu hasil usaha kekuatan dokumentari yang mengupas usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah marin di taman-taman laut Sabah.

"Sabah memang terkenal dengan hidupan laut dan pulau-pulau cantik dan keindahan semula jadi khazanah alam dasar laut berupaya dipaparkan melalui dokumentari dan visual menarik (jurukamera Dasni Daud dari RTM Sabah)," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "3 Wartawan New Straits Times Dinobat Anugerah Kajai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info