Gempa Sabah: Khairy lawat sekolah Singapura, sampaikan ucapan takziah

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Gempa Sabah: Khairy lawat sekolah Singapura, sampaikan ucapan takziah
6/8/2015 9:49:06 PM

Gempa Sabah: Khairy lawat sekolah Singapura, sampaikan ucapan takziah

KHAIRY bersama isteri, Nori Abdullah mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu ketika melawat Sekolah Rendah Tanjung Katong, Singapura hari ini. – Foto Twitter Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pagi ini melawat Sekolah Rendah Tanjong Katong di Singapura (TKPS) bagi memberi penghormatan kepada murid dan guru sekolah itu yang terkorban di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi Jumaat lalu.

Turut sama, ialah isteri beliau, Nori Abdullah.

Dalam entri Twitternya, Khairy menyatakan beliau ke sana bagi menyampaikan ucapan takziah kerajaan dan rakyat Malaysia kepada keluarga mangsa.

Di sekolah itu, Khairy dan Nori bertemu dengan guru dan murid sekolah berkenaan serta menulis ucapan takziah untuk diabadikan di sudut peringatan.

Enam murid dan seorang guru sekolah berkenaan terkorban dalam kejadian di Gunung Kinabalu bersama seorang malim gunung yang mengiringi mereka.

Seorang murid dan guru sekolah berkenaan masih hilang.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Gempa Sabah: Khairy lawat sekolah Singapura, sampaikan ucapan takziah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info