Anggota RELA Diingat Tidak Salah Guna Kuasa

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Anggota RELA Diingat Tidak Salah Guna Kuasa
6/8/2015 10:07:02 PM

IPOH – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa melalui pangkat yang diberikan kepada mereka.

Ketua Pengarahnya, Lukeman Saaid berkata pemberian pangkat kepada anggota RELA tidak bermakna mereka bebas melakukan apa sahaja, sebaliknya merupakan anugerah bagi menghargai komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka dalam setiap program yang dijalankan oleh badan itu.

"Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, setiap anggota perlu mematuhi segala peraturan negara ini, dan tiada pengecualian," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penganugerahan Pangkat Bersekutu di Hotel Ritz Garden malam tadi.

Lukeman berkata RELA akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang didapati menyalah guna kuasa atau menjatuhkan imej badan itu.

Beliau berkata Bahagian Pembangunan RELA juga telahpun diarah memberi latihan kepada ahli bersatu dan kehormat di pusat latihan badan itu untuk memberi pemahaman mengenai fungsi serta peranan sebenar RELA kepada setiap anggota.

Pada majlis itu, sejumlah 49 individu dianugerah Pangkat Bersekutu bagi menghargai pengorbanan, jasa serta komitmen mereka terhadap RELA Malaysia selain membantu aktiviti kemasyarakatan.

"Inilah cara kami membalas budi dan jasa mereka dengan menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga besar kami yang mempunyai hampir 3 juta anggota dan 1,595 ahli kehormat dan bersekutu di seluruh Malaysia," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Anggota RELA Diingat Tidak Salah Guna Kuasa"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info