242 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

242 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan
6/8/2015 8:54:26 AM

242 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan

JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri membantu memindahkan seorang warga emas, Ponye Wahab, 74, ke Pusat Pemindahan apabila rumahnya ditenggelami banjir selepas hujan lebat bermula jam 4.30 pagi hingga jam 1 petang di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Seramai 242 mangsa membabitkan 78 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air pagi semalam berikutan hujan lebat lebih tiga jam dan fenomena air pasang besar.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata, enam pusat pemindahan tersebut membabitkan lima buah di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin termasuk jumlah teramai mangsa yang dipindahkan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Serkam.

Beliau berkata di Melaka Tengah, 37 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Peringgit; 12 mangsa di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong; 18 mangsa di Balai Raya Bkt Pulau; 11 mangsa di Bangunan Bahagian Umno Bukit Katil dan 20 mangsa di RTC Paya Ikan.

"Seramai 144 mangsa membabitkan 57 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam," katanya.

Jafri berkata dua pusat pemindahan iaitu Surau Permatang Duyong dan SMK Dang Anum, Merlimau masing-masing telah ditutup pada pukul 10.00 pagi dan 10.50 pagi tadi.

Katanya, walaupun ada pusat yang ditutup tetapi bilik gerakan negeri di Kota Cemerlang masih diteruskan beroperasi 24 jam.

BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "242 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info