242 Mangsa Banjir Dipindah Di Dua Daerah Di Melaka

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

242 Mangsa Banjir Dipindah Di Dua Daerah Di Melaka
6/8/2015 2:20:05 AM

MELAKA – Sebanyak 242 mangsa melibatkan 78 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan di negeri ini selepas rumah mereka dilanda banjir pagi semalam berikutan hujan lebat lebih tiga jam dan fenomena air pasang besar.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata enam pusat pemindahan tersebut melibatkan lima buah di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin termasuk jumlah teramai mangsa yang dipindahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Serkam.

Beliau berkata di Melaka Tengah, 37 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Peringgit; 12 mangsa di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong; 18 mangsa di Balai Raya Bkt Pulau; 11 mangsa di Bangunan Bahagian Umno Bukit Katil dan 20 mangsa di RTC Paya Ikan.

"Di Jasin seramai 144 mangsa melibatkan 57 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dua pusat pemindahan iaitu Surau Permatang Duyong dan SMK Dang Anum, Merlimau masing-masing telah ditutup pada pukul 10.00 pagi dan 10.50 pagi tadi.

Bilik Gerakan Negeri di Kota Cemerlang beroperasi 24 jam.

Hujan lebat mulai turun secara berperingkat sejak 4 pagi semalam sehingga pukul 11 pagi.

Sementara itu keadaan cuaca adalah mendung dan hujan pada awal pagi tadi. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "242 Mangsa Banjir Dipindah Di Dua Daerah Di Melaka"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info