UIAM pusat rujukan ilmu Islam Asia, Barat

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

UIAM pusat rujukan ilmu Islam Asia, Barat
5/28/2015 11:33:44 AM

UIAM pusat rujukan ilmu Islam Asia, Barat

GOMBAK: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT), akan memantapkan status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai pusat rujukan ilmu Islam di rantau Asia dan Barat.

Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, berkata pelan itu juga mampu memantapkan lagi usaha UIAM yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai usaha sebagai universiti Islam dunia yang memenuhi ciri penyelidikan inovatif.

"Jadi dengan kelebihan dalam pelbagai bidang termasuk bidang halal, kewangan Islam mahupun bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara program, UIAM menjadi gerbang Islam ke dunia Barat," katanya.

Lahir graduan holistik

Jelasnya, lonjakan pertama PPPM (PT) iaitu melahirkan graduan holistik, berdaya keusahawanan dan seimbang itu sudah tidak asing buat UIAM, namun ia harus diterjemahkan merangkumi kurikulum bersepadu dengan adunan ilmu, wahyu dan akal.

"Kita sendiri sudah melaksanakan beberapa elemen yang ada dalam pelan itu sejak ditubuhkan 30 tahun lalu dan kita akan terus menambahbaiknya dari semasa ke semasa.

"Ini bermakna kita bukan saja memberi ilmu kepada pelajar dalam bidang pengkhususan masing-masing, malah mendedahkan mereka dengan kemahiran tambahan serta nilai murni berorientasikan agama bagi membentuk sahsiah terpuji," katanya.

Bagi memastikan pelajarnya terus menerima pembelajaran yang terbaik, Dr Zaleha berkata, UIAM sering menjemput profesor unggul daripada luar negara untuk berkhidmat dengan mereka secara kontrak.

"Setiap tahun sekurang-kurangnya dua profesor unggul yang akan kita ambil dan tidak semestinya bertumpu di negara Timur Tengah sahaja, tetapi juga di negara Barat dan kita sudah melaksanakannya sejak 30 tahun lalu," katanya.

Satu lagi contoh elemen dalam PPPM (PT) iaitu ruang pembelajaran sepanjang hayat yang begitu penting kerana menyediakan akses pendidikan lebih meluas kepada masyarakat.

Dr Zaleha Kamarudin

Pertingkat kemahiran

Dr Zaleha berkata, di UIAM, ada program pembelajaran sepanjang hayat dengan kursus profesional singkat disediakan bagi memudahkan pelajar meningkatkan kemahiran melalui integrasi kurikulum disediakan.

"Ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi platform kepada sesiapa saja, termasuk orang luar untuk mempunyai akses kepada ilmu.

"Tanggungjawab ini kami laksanakan dengan mengambil semangat hadis yang bermaksud: 'Dari buaian hingga ke liang lahat' bagi menggambarkan kepentingan menuntut ilmu tidak terhad sampai bila-bila,"katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "UIAM pusat rujukan ilmu Islam Asia, Barat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info