Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
13 rangka ditemui dari perkuburan Bukit Wang Burma
5/28/2015 1:36:56 PM
PDRM membawa rangka mayat yang dijumpai di Wang Kelian.- Foto AFP
KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan perkuburan, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat ini.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad, berkata sebanyak sembilan lagi rangka mayat dibawa turun dari hutan berkenaan, malam tadi.
"Semua rangka berkenaan sampai di kaki bukit pada jam 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut oleh pakar patologi.
"Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi yang sudah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer. – BERNAMA

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "13 rangka ditemui dari perkuburan Bukit Wang Burma"