Haters yang buat seseorang itu terkenal – Michael Ang

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Haters yang buat seseorang itu terkenal – Michael Ang
5/28/2015 6:08:33 AM

Haters yang buat seseorang itu terkenal – Michael Ang

Michael Ang.

KUALA LUMPUR: Bagi yang mengenali Michael Ang, pengarah berbangsa Cina yang kini bergelar selebriti itu memang cukup dikenali dengan mulut lantang, gemar berseloroh dan cakap lepas. "Laser'nya boleh tahan celupar tapi dalam kalangan pelakon dan produksi, ramai yang sudah masak dengan sikap jejaka gempal berasal dari Melaka ini.

Dia sudah lebih kurang 10 tahun menceburi dunia seni. Bermula dengan menerbitkan album dan memiliki syarikat muzik, Michael kemudian berjinak-jinak menerbit serta mengarahkan drama dan filem. Hanya selepas menyertai Masterchef Selebriti Malaysia, dia mula dianggap sebagai selebriti.

Benarkah Michael ini jenis yang gila glamor? Kepada BH Online, dia membalas komennya.

"Jika saya gila glamor, taklah di laman sosial saya muat naik benda mengarut. Saya masih macam dahulu. Yang selalu menjalani penggambaran dengan saya itu adalah yang gila glamor (merujuk kepada pelakon yang bekerjasama dengannya). Cuma lepas menyertai pertandingan Masterchef, saya kiranya terjebak jadi artis. Orang mula kenal.

"Apabila orang mula kenal, biasalah pasti akan ada yang membenci (haters). 'Haters' yang akan buat seseorang itu jadi popular dan terkenal," kata Michael yang ketika ini sedang mengarahkan drama Jodoh Sebelah Pintu lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli untuk siaran HyppTV.

Sempat diusik adakah dia kini popular, Michael membalasnya dengan jawapan: "Gila tak 'famous'," katanya.

Sepanjang menerbit dan mengarah menerusi produksi Cuba Film miliknya, Michael dilihat senang mendapat kerjasama pelakon artis popular tanah air. Malah beberapa gandingan yang dipilihnya turut terpalit dengan gosip contohnya seperti Zizan Razak, Sharifah Sakinah, Marsha, Elfira Loy, Didie Alias, Ayda Jebat, Zul Ariffin dan terbaharu Emma Maembong dan Kamal Adli.

Karyanya acap kali dilihat disiarkan di Astro berbanding stesen TV lain. Tapi menurut Michael, dia sebenarnya terbuka berkarya di mana-mana stesen TV dan semuanya berbalik kepada peluang dan rezeki.

"Saya bersyukur kerana setakat ini selalunya pelakon yang dikehendaki boleh berkompromi soal masa dan mempertimbangkan tawaran. Jika ada masalah, kita cuba atasinya sebaik mungkin. Ketika ini memang menerbit dan mengarah menjadi keutamaan saya. Berlakon itu sekadar suka-suka," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Haters yang buat seseorang itu terkenal – Michael Ang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info