Skuad Hoki Negara Mahu Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Singapura

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Skuad Hoki Negara Mahu Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Singapura
5/28/2015 1:28:42 AM

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki lelaki dan wanita negara berazam mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan Sukan SEA di Singapura bulan depan.

Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, namunjurulatih A.Arul Selvaraj yakin pasukan bimbingannya mampu mengulangi kejayaan sama yang pernah dilakar skuad senior dua tahun di Myanmar.

Pada Sukan SEA Myanmar, skuad lelaki dan wanita negara cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam semua peringkat perlawanan dan setersunya meraih pingat emas.

Pasukan wanita pula cemerlang apabila mencipta rekod dunia dengan jaringan terbanyak 36-0 menewaskan Kemboja.

"Cabaran saya kali ini ialah persediaan mental pasukan negara. Dari segi kemahiran dan teknikal permainan, pasukan kita jauh berbeza dari pasukan lain.

"Saya hormat kepada pasukan lawan tetapi skuad negara perlu melakukan tugas mereka dengan betul. Saya pasti pasukan kita tidak berdepan masalah," katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Logan Raj Kali Kavandan turut mengumumkan senarai pemain bagi pasukan lelaki dan wanita ke Sukan SEA Singapura.

Beliau berkata pasukan berada dalam keadaan bersedia dari aspek mental dan kecergasan fizikal pemain juga dalam keadaan baik.

"Pasukan kita mempunyai kekuatan dalam semua posisi. Saya tidak memikirkan pasukan lain kecuali Singapura kerana mereka tuan rumah dan saya pasti sokongan rakyat Singapura tinggi. Jadi pasukan negara perlu kuatkan mental," katanya.

Skuad lelaki negara akan memulakan kempen menentang Thailand pada 6 Jun sebelum bertemu Singapura pada 8 Jun dan Myanmar pada 10 Jun.

Sementara itu pengendali skuad wanita negara, Nasihin Nubli telah memanggil dua pemain baharu untuk menyertai skuad kebangsaan iaitu Noorain Mohd Arshad dan Wan Norfaeizah Md Saiuti.

Nasihin juga berkata beliau tidak dapat menggunakan pemain seperti Norazlin Sumantri dan Nadia Abdul Rahman.

"Sasaran kami ialah memenangi pingat emas dengan mudah di Singapura. Walaupun tiada Norazlin tetapi pasukan mempunyai Wan Norfaiezah dan Noorain yang yang mempunyai kemahiran yang bagus di bahagian serangan.

"Nadia pula tidak dapat turut serta kerana beliau sedang mengandung. Ketiadaan Nadia sedikit menjejaskan strategi permainan kerana beliau pakar di bahagian tengah dan Nadia juga merupakan ketua pasukan," kata Nasihin.

Skuad hoki wanita akan memulakan perlawanan bertemu pasukan tuan rumah, pada 6 Jun sebelum menentang Thailand pada keesokan hari dan menamatkan saingan pusingan awal dengan bertemu Indonesia pada 9 Jun. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Skuad Hoki Negara Mahu Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Singapura"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info